April 14, 2026

Sebulan Kat Pondok Pasir Tumboh

Buat apa kat Pondok Pasir Tumboh sebulan?

Ni sebenarnya cerita lama, masa muda2 dulu aku jenis yang suka pergi majlis ilmu, join dakwah.

Lepas habis asasi perubatan aku ada nampak satu offer ni, Daurah Ramadan Pondok Pasir Tumboh, yuran RM 50, tempat tinggal disediakan. Tapi makanan xtulis pulak.

Masa tu zaman student universiti, duit cukup2 makan je. Aku survey2, setiap hari masjid kat sana akan ada makanan berbuka sebab bulan Ramadan.

Mula2 cakap kat parents nak pergi, dua-dua tak setuju, diorang risau kat sana nanti apa2 jadi macam mana, dah la jauh kat Kelantan, kita ni duduk jauh kat selatan tanah air. Aku sendiri pun tak pernah pergi negeri Darul Naim tu. Ni apatah lagi nak duduk sebulan kat sana.

Tapi masa tu jiwa anak muda, aku beli je tiket, bismillahi tawakkaltualallah, harga RM 50 dari tempat aku ke sana, masa lebih kurang 8 jam gitu. Lepas aku dah beli tiket and aku nampak nekad nak pergi, parents aku pun terpaksa la approve.

Kat sana bas landing kat Stesen Bas Kota Bharu. Lepas tu kena naik bas lompat2 pulak, nanti dia berenti kat depan stesen minyak Shell kalau aku tak silap, pastu kena turun, jalan dalam beberapa kilometer ke dalam kampung baru sampai Pondok Pasir Tumboh. Nak dijadikan cerita masa aku sampai kat Petron tu baru lepas Subuh, aku baru beberapa langkah berjalan tiba2 ada pakcik berkupiah naik motor offer “adik, nak pergi mana?” “nak pergi pondok pasir tumboh pakcik”. Maybe sebab aku ni nampak macam orang luar dengan bawak beg besar, kecek pun xsupo ore kelate, dia pun tumpangkan naik. Alhamdulillah.

Sepanjang naik motor tu nampak la suasana kampung, dalam hati terpikir nasib baik la pakcik ni tumpangkan sebab boleh tahan jauh kalau jalan kaki. Sampai je sana, masa tu masih pagi dalam pukul 8-9 pagi, aku daftar lepas tu, dia bagi duduk kat bilik sementara untu berehat. Masa tu aku tidur sekejap je, tapi somehow rasa dia memang puas, sampai jadi lingering memory dalam otak aku. Bangun tidur pun segar lain maciam.

Pintu Depan Pondok Pasir Tumboh

Kena beli buku turath kat sana, harga dalam RM 3 satu. Buku nipis je, penuh tulisan jawi lama, berbelit lidah nak baca.

Kalau baca sorang2 kitab ni tanpa guru boleh tingtong kepala. Sebab setiap baris ayat tu ada huraian dan penjelasan dia yang panjang lebar. Kalau tengok budak pondok punya kitab, penuh tulisan kat tepi2 tu dengan nota dan catatan daripada kalam guru diorang. Kelas berlangsung setiap hari sampai petang, lepas asar biasanya free.

Lepas Asar aku akan stay kat Masjid Pondok Pasir tumboh tu baca Quran, masa tu semangat memang berkobar-kobar, sempat khatam 3 kali masa bulan Ramadan. Okay la untuk level orang2 biasa ni, kitonyo bukan hafiz quran.

Bangunan kat kawasan pondok sana mixed, ada yang rumah kayu, ada juga yang batu, masih ada la vibe kampung bila masuk kat sana. Mandi dengan air kolah tu yang best, pakai kain pelikat pastu mandi dekat kolah kat luar.

Dalam 30 minit sebelum azan, aku akan pergi kat masjid, tunggu makanan berbuka. Duit memang cukup2 buat tambang je, kalau nak beli makanan kat luar pun tak mampu. Alhamdulillah sepanjang Ramadan tu setiap hari ada disediakan makanan di masjid. Sekali pun aku tak pernah pergi bazar atau makan luar. Dulu mana la ada Grab nak bawak jalan2, atau food delivery macam foodpanda atau grabfood.

Aku tak ingat dah tajuk kitab apa yang aku belajar masa tu, tapi yang penting ada berkenaan tauhid, fiqh dan tasawuf. Tak sempat pun habis kitab tu semua, sekadar mana yang mampu. Kalau ilmu ni dipaksa, nak cepat habis, tak melekat dalam kepala.

Malam2 lepas terawih, aku balik ke hostel, sembang2 kejap dengan kawan yang baru jumpa, pastu tidur. Sebab esok nak bangun awal.

Pejam celik pejam celik, dah sebulan dah. Sebelum balik hometown, aku sempat la jalan2 kat Kelantan, pergi kubur Tok Kenali, dengan solat kat sebuah masjid di Kota Bharu.

Leave a Comment