Apa perasaan kalau kena bertugas malam raya kat hospital?
Tahun ni raya hari Sabtu(21/3/26), waktu hari Jumaat tu dah start cuti, kalau kerja kat hospital, doktor atau nurse mesti ada juga yang kena cover ward. Hospital kan buka 24 jam, mana pernah tutup.
Jadi jadual aku masa tu oncall hari Jumaat, postcall hari Sabtu. So kena la kerja Jumaat tu masuk pukul 8 pagi, sampai la 8 pagi esoknya, pastu sambung passive call pulak sampai pukul 12 tengahari.
Masa Jumaat tu, nasib baik tak banyak admission sebab orang yang sakit ni kalau boleh taknak datang hospital, sebab kalau kena admit ward, tak beraya la jawabnya.
Sedih gak bila pikir malam raya tu orang kumpul dengan family makan rendang, bakar mercun. Aku buka puasa dengan KFC je, pastu kena round malam, tengok new case dgn accept referral.
Nasib baik malam tu, pesakit semua behave, orang yang nak masuk ward pun tak ramai dapat la tido kejap.
Esoknya sebelum pegi solat raya, nampak ada hospital meal(makanan untuk pesakit), rendang daging. Ada lebih, so aku ambik la satu…

Rasa macam kari rupanya, taste dia biasa2 je, kurang garam gula😌. Tapi boleh la buat rasa2.
Dalam pukul 8.30am, wad nampak macam okay je, takde isu-isu emergency, aku pun pergi solat raya dengan member oncall. Lepas balik solat raya, sambung round wad sikit. Dalam pukul 1pm baru balik rumah.