Sepanjang aku kerja ni banyak jugak la orang tanya soalan ni.
“Camna boleh jadi doktor?” Penat tak, menyesal ke?
Aku pun banyak tanya diri sendiri ” Kenapa la aku jadi doktor ek?”
Jawapannya, sebab boleh, tu je, takde la minat atau jenis yang simpan cita2 nak jadi doktor sejak kecik. Masa kecik aku pun tak tau nak jadi apa.
Kat sekolah menengah banyak main je, dalam kelas tidur, tapi somehow berkat genetik dari parents yang bijak(both parents aq ajar addmath weyh) dan doa ibu bapa dapat la score dalam SPM, result boleh2 la 10A 1B.

Dengan result SPM ni aku tengok banyak option yang aku boleh pilih, sebab subjek sains banyak A+. Antara tempat yang aku apply ialah biasiswa MARA ke luar negara dan universiti awam dalam negara.
Sejujurnya, aku masa tu belum matang lagi, main pilih je bidang yang nampak macam menarik. So dipendekkan cerita tak dapat luar negara, dapat tawaran dalam universiti awam dalam negara. Parents aku tak pernah impose atau suruh anak dia pilih course sekian2, sebab diorang nak kita buat pilihan sendiri. Disebabkan nature aku yang suka cabaran,
Aku pilih dalam turutan ni:
1. Bidang Perubatan
2. Bidang Aktuari
3. Bidang Pergigian
Tengok2 eh, dapat pulak tawaran masuk asasi dalam bidang medic. Masa asasi tu xde la top student, tapi pointer boleh tahan 3.70, so dapat la tawaran masuk ijazah perubatan, ada interview jugak sebelum masuk tu, korang tahu tak aku jawab apa bila interviewer tanya, aku jawab sebab nanti dapat sponsorship JPA so banyak duit. Somehow aku pass interview and jadi la medstud. Ijazah perubatan kat Malaysia ni biasanya 5 tahun, tapi ada jugak yang sampai 6 tahun.
Sepanjang jadi medical student, it humbles me. Kalau dulu kita pelajar cemerlang kat sekolah, considered genius. Kat dalam course medic, semua pandai2, genius. Aku masa tu budak average, markah exam atas pagar je nak lulus, fail pun pernah. Owh lagi satu kat medical school, sebab punya la susah exam dia, setiap kali exam pikir nak lulus je. Tak kisah la orang lain dapat markah tinggi ke apa, aku pikir dapat lulus pun syukur Alhamdulillah.
Kena extend final pro pun pernah sebab fail exam, tapi malas la nak cerita, emosional nantiš.
Lepas habis degree, kena masuk hospital, and jadi houseman a.k.a. doktor pelatih. Sepanjang houseman tu nanti kena rotate 6 department berbeza – 5 compulsory, 1 elective which took around 2 years to finish. So aku masa tu masuk dalam turutan ni O&G -> Surgical -> Medical -> Paeds – > Ortho -> ED. Each department korang kena spend 4 bulan dalam tu, tapi kalau kena extend, panjang la pulak ceritanya.
Lepas habis tu akan jadi MO floating, terapung kat department last korang biasanya. Lepas floating akan jadi MO placement, lepas tu baru jadi MO permanent.
Kenapa tulis pasal ni, sebab percayalah yang setiap doktor, mesti ada satu moment tu yang diorang pikir “kenapa aku pilih jadi doktor?”.